Format dan Contoh Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu | Sekolah Rendah - Contoh RPH

Format dan Contoh Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu | Sekolah Rendah

Format Pentaksiran Instrumen Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu bagi Tahun 4, 5 dan 6 adalah seperti dalam jadual di bawah.

Baca juga: Format Baharu dan Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

BIL.
PERKARA
FORMAT PENTAKSIRAN
1
Jenis InstrumenUjian Bertulis : Pemahaman & Penulisan
2
Jenis Item
  • Objektif Aneka Pilihan (OAP)
  • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB)
  • Subjektif Respons Terhad (SRT)
  • Subjektif Respons Terbuka (SRTb)
3
Bilangan SoalanBahagian A (10 markah): OAP
Tatabahasa (3-5 soalan)
Pemahaman petikan (5-7 soalan)
(Teks tunggal & Teks pelbagai)

Bahagian B (10 markah): OPB dan SRT
Tatabahasa dan Pemahaman petikan (3-5 soalan)
Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan)

Bahagian C (10 markah): SRTb
Penulisan perenggan – 1 soalan

Bahagian D (20 markah): SRTb
Penulisan Karangan – 1 soalan
4
Markah50 markah
5
Tempoh Ujian1 jam 15 minit
6
KonstrukPengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca:
  • Memahami
  • Mengaplikasi
  • Menganalisis

Kemahiran Menulis:
  • Mengaplikasi
  • Menganalisis
  • Menilai
  • Mencipta
7
Aras KesukaranRendah : Sederhana : Tinggi (5:3:2)
8
Kaedah Penskoran
  • Dikotomus
  • Analitikal
  • Holistik