Apa Itu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)?
Ujian akhir sesi akademik ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik bukan merupakan pentaksiran pusat.Ujian akhir sesi akademik adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri. Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik.
Seterusnya, ujian ini juga dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi murid.
Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
Ujian akhir sesi akademik melibatkan murid sekolah rendah tahap dua iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 serta murid sekolah menengah peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 bagi sesi akademik semasa sahaja.Semua murid yang berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) boleh menduduki ujian akhir sesi akademik. Mereka terdiri daripada:
- murid yang berada di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan / Sekolah di bawah Agensi Kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri yang berdaftar dengan KPM; dan
- murid yang berada di sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM dan maklumat mereka didaftarkan dalam APDM.
Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Sekolah Rendah
Di peringkat sekolah rendah, pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik hanya melibatkan lima (5) mata pelajaran sahaja dengan peruntukan masa seperti berikut:Bahasa Melayu | |||
Bahasa Inggeris | |||
Matematik (*SK/SJKC/SJKT) | |||
Sains (*SK/SJKC/SJKT) | |||
Sejarah (*SK/SJKC/SJKT) |
Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Sekolah Menengah
Manakala di sekolah menengah peringkat menengah rendah, Ujian Akhir Sesi Akademik melibatkan 20 mata pelajaran dengan peruntukan masa seperti berikut:Bahasa Melayu | 02/2 |
1 jam |
|
Bahasa Inggeris | 12/2 |
1 jam |
|
Sejarah | |||
Geografi | |||
Bahasa Arab | |||
Bahasa Cina | |||
Bahasa Tamil | |||
Bahasa Punjabi | |||
Bahasa Iban | |||
Bahasa Kadazandusun | |||
Bahasa Semai | |||
Pendidikan Islam | |||
Matematik | |||
Sains | |||
Asas Sains Komputer | |||
Reka Bentuk dan Teknologi | |||
Maharat Al-Quran | |||
Usul Al-Din | |||
Al-Syariah | |||
Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Mu’asirah |
Instrumen Pentaksiran Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
- Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik disediakan dalam dwibahasa.
- Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran bagi mata pelajaran lain perlu disediakan oleh pihak sekolah.
- Ujian akhir sesi akademik ini melibatkan semua mata pelajaran bagi komponen ujian bertulis sahaja, manakala komponen lain seperti ujian lisan, amali dan lain-lain dilaksanakan dalam PBD berterusan.
- Bagi instrumen pentaksiran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), moderasi/modifikasi boleh dilakukan oleh pihak sekolah mengikut kesesuaian murid.
- Tempoh masa yang diperuntukkan bagi sekolah untuk melaksanakan moderasi instrumen pentaksiran dan penyediaan soalan cetakan Braille adalah dua minggu.
- MBPK diperuntukkan masa tambahan untuk menjawab ujian seperti Jadual 3 di bawah:
- Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) iaitu, sistem yang digunakan bagi membantu proses pengumpulan item, pemasangan serta penjanaan instrumen pentaksiran yang setara standardnya. Instrumen pentaksiran ini disediakan berdasarkan jadual spesifikasi ujian.
- Pihak sekolah akan memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran mengikut keperluan sekolah masing-masing dalam tempoh masa yang ditetapkan.
1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit | ||
Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit | ||
Lebih 2 jam 30 minit |
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengurusan dan pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik, sila muat-turun Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.